Polisi, Terma & Syarat – MY

BERUANG.IO – POLISI, TERMA & SYARAT

Tempahan, Terma dan Syarat penggunaan servis Beruang.io.

  1. Tempahan & Harga

1.1 Semua tempahan di Beruang.io akan mengikut harga semasa pembelian dibuat.

1.2 Perubahan pada pakej tempahan akan menggunakan harga terkini dan tidak boleh menggunakan harga pada masa tempahan awal.

  1. Struktur Bayaran Perkhidmatan

2.1 Bayaran Tempahan

Beruang.io tidak menerima sebarang bayaran tempahan (booking) dari pelanggan. Walaubagaimana pun, pelanggan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan pilihan platform BNPL yang disediakan sewaktu checkout.

2.2 Bayaran Penuh

Sebelum proses merekabentuk boleh dijalankan, pelanggan perlu membuat bayaran penuh mengikut pilihan pakej. Jumlah bayaran penuh adalah bergantung kepada harga promosi semasa, penggunaan kod kupon dan persetujuan pihak Beruang.io melalui slot rundingan awal yang telah dijalankan.

2.3 Diskaun / Rebat / Free Gift Item

Pelanggan harus memenuhi tempoh bayaran yang telah ditetapkan atau menggunakan kod kupon unik yang telah diberikan untuk mendapatkan harga diskaun / rebat / free gift item semasa proses jualan. Pihak Beruang.io berhak untuk membatalkan atau mengurangkan harga diskaun / rebat / free gift item tersebut jika pelanggan gagal mematuhi tempoh bayaran dan proses yang dijalankan.

  1. Struktur Proses Tempahan

3.1 Tempahan di Beruang.io akan mengikut struktur proses seperti berikut:

a. Fasa 1 (Discovery Meeting)

  • Fasa 1 berlangsung sebaik sahaja pelanggan membuat bayaran komitmen sebanyak RM200.
  • Bayaran Komitmen untuk mendapatkan slot Rundingan Pertama (Discovery Meeting)
  • Pelanggan akan diberikan kebebasan untuk memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk mengikuti slot Discovery Meeting (secara dalam talian)
  • Sewaktu slot Discovery Meeting, pelanggan akan diberikan penjelasan lanjut berkenaan proses servis rekabentuk dalaman yang akan diberikan.

b. Fasa 2 (Proposal Meeting)

  • Fasa 2 akan berjalan sebaik sahaja pelanggan memilih pakej dan membuat bayaran penuh di Beruang.io.
  • Selepas proses Discovery Meeting, pelanggan akan membuat bayaran penuh melalui laman Beruang.io.
  • Rundingan kedua (Proposal Meeting) akan dijalankan dalam masa 3-5 hari bekerja selepas Discovery Meeting. Di dalam slot Discovery Meeting ini, para perekabentuk dalaman Beruang.io akan berkongsi rekabentuk yang dicadangkan dan pelanggan perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada rekabentuk yang telah dicadangkan.
  • Sewaktu Proposal Meeting, pelanggan perlu memberikan pendapat dan pandangan secara aktif untuk memastikan kelancaran komunikasi dua hala antara perekabentuk Beruang.io dan pelanggan. Sebarang komen dan cadangan perubahan dari kedua-dua pihak akan direkodkan.

c. Fasa 3 (Revision Meeting)

  • Rundingan ketiga (Revision Meeting) akan dijalankan dalam masa 3-5 hari bekerja selepas berlangsungnya Proposal Meeting. Di dalam slot Revision Meeting ini, perekabentuk Beruang.io akan berkongsi rekabentuk akhir bersama sebarang perubahan yang telah dipersetujui oleh pelanggan sewaktu Proposal Meeting.
  • Tiada perubahan akan dibuat kepada rekabentuk yang telah dikeluarkan selepas berlangsungnya Revision Meeting.
  1. Garis Masa (Timeline) dan Ringkasan Pesanan (Order Summary)

4.1 Setiap pelanggan akan menerima link url “Timeline & Order Summary” daripada pihak Beruang.io sebagai garis panduan dan checklist proses penggunaan servis selepas bayaran booking berjaya dibuat. Proses perundingan dan pemilihan pakej akan dimasukkan ke dalam Timeline dan Order Summary.

4.2 Pelanggan boleh melihat setiap progres tempahan melalui timeline yang diberikan. Pelanggan harus mengikuti garis panduan proses tempahan supaya proses rekabentuk berjalan dengan lancar.

4.3 Order summary akan dikeluarkan oleh Beruang.io dalam bentuk PDF dalam masa 10 hari selepas tarikh rundingan ketiga dijalankan. Order Summary tidak boleh diubah selepas dikeluarkan.

  1. Perubahan Pakej

5.1 Pelanggan boleh melakukan perubahan pakej sebelum berlangsung rundingan ketiga (Revision Meeting).

5.2 Perubahan pakej akan menggunakan struktur harga semasa dan bukan harga awal semasa tempahan mula dilakukan.

  1. Penangguhan Penggunaan Servis

6.1 Dalam situasi penggunaan servis Beruang.io terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, pelanggan perlu memberikan anggaran kasar tarikh baru pengaktifan semula servis.

6.2 Sekiranya pembayaran komitmen atau pembayaran penuh telah dibuat, pelanggan boleh menangguhkan penggunaan servis sehingga 45 hari dari tarikh pembayaran dibuat.

6.3 Untuk pelanggan yang telah membuat bayaran, tiada pengembalian wang akan dibuat sekiranya sebab penangguhan penggunaan servis adalah dari pihak pelanggan.

  1. Pembatalan Tempahan

7.1 Pelanggan boleh membatalkan tempahan penggunaan servis Beruang.io dan memilih untuk tidak menangguhkan penggunaan servis.

7.2 Pemulangan bayaran dan caj pembatalan akan dilaksanakan kepada pelanggan berdasarkan polisi pembatalan dan pemulangan Beruang.io yang dinyatakan dibawah.

  1. Polisi Pembatalan & Pemulangan

8.1 Setiap pembatalan tempahan di Beruang.io akan mengikut jadual dibawah.

a. Fasa tempahan Rundingan Pertama dengan nilai RM100

  • Pemulangan Tunai penuh 100% jika pembatalan dilakukan dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.
  • Tiada pulangan bayaran jika pembatalan dilakukan selepas 3 hari dari tarikh tempahan dibuat.

b. Fasa selepas bayaran penuh dibuat

  • Tiada pulangan bayaran akan dibuat untuk pembatalan selepas bayaran penuh dibuat.
  1. Polisi Harga Pakej Beruang.io

9.1 Semua harga pakej promosi yang diiklankan adalah berasaskan visi Beruang.io untuk menjadikan akses servis rekabentuk dalaman yang premium mampu milik untuk semua golongan masyarakat.

Interior Decor Made Easy

© 2023. Beruang.io by Studio Belatuk Sdn Bhd

Explore

Contact Us

Our Manifesto

We’re not happy unless you are. We strive to ensure your Beruang experience to be lovely. It’s our promise.